awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Respect our Job' harus dijadikan budaya kerja, jamin ekosistem berkualiti - Anthony Loke

Firdaus Alauddin
Firdaus Alauddin
12/11/2018
08:28 MYT
'Respect our Job' harus dijadikan budaya kerja, jamin ekosistem berkualiti - Anthony Loke
Loke turut menegaskan, budaya menghormati pekerjaan haruslah dilakukan bagi setiap hireraki berbeza bagi melancarkan dan menjamin ekosistem yang berkualiti. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penekanan budaya “ Respect our Job” perlu diamalkan seluruh rakyat Malaysia bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja dalam negara.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew, berkata penerapan budaya ini harus dilakukan dengan serta-merta.
“Kita seharusnya menghormati perkerjaan yang sedang dilakukan, tanpa mengira latar belakang mahupun status kita," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pusat kawalan lapangan terbang digital pertama Malaysia di Pejabat Air Asia RedQ, di sini hari ini.
“Jika kita melihat budaya yang diamalkan oleh negara Jepun, misalanya video viral pengendalian bagasi di lapangan terbang, ini merupakan contoh yang harus kita lakukan," tambahnya.
Loke turut menegaskan, budaya menghormati pekerjaan haruslah dilakukan bagi setiap hireraki berbeza bagi melancarkan dan menjamin ekosistem yang berkualiti.
"Sekiranya kita mengambil contoh terhadap sistem penerbangan di Malaysia, produktiviti dapat dikecapi apabila setiap pekerja di lapisan berbeza menghormati satu sama lain dan melakukan tanggungjawab masing-masing dengan betul," katanya lagi.
“Sebagai contoh pekerja AirAsia,yang meliputi pekerja di hireraki bawah hinggalah ke atas melakukan pekerjaan masing-masing dengan penuh dedikasi bagi melancarkan sistem penerbangan yang baik.
Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) hari ini melancarkan pusat kawalan bagi perkhidmatan pengendalian darat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) yang pertama di Malaysia.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Anthony Loke
#budaya
#hieraraki
#kerja
#Lapangan Terbang Kuala Lumpur
#Malaysia
#penerbangan
#produktiviti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan