awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari

Bernama
Bernama
02/02/2024
02:30 MYT
Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari
Arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai. - Gambar Bernama
MELAKA: Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, di sini, diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dorothy Dayang Henry Sum berkata, arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam itu dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.
Beliau berkata, serbuan juga dilakukan berikutan video tular berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pekerja restoran terbabit kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan kita turut keluarkan empat notis kompaun bernilai keseluruhan RM1,500 atas pelbagai kesalahan. Premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih, selain premis ini juga memperoleh markah 64 peratus ke bawah hasil daripada penilaian yang dilakukan penguat kuasa," katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan di premis itu semalam.
Dorothy Dayang berkata, pihaknya turut mengesan puntung rokok dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan perbuatan merokok tidak boleh dilakukan di dalam premis penyediaan makanan serta perlu jarak sejauh tiga meter dari meja terakhir.
"Kita juga dapati tiada tandas di dalam premis ini, yang ada hanyalah di stor iaitu di bangunan bersebelahan premis, namun tidak mempunyai air menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan tandas di tempat lain," katanya.
Beliau berkata, restoran itu sebelum ini pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali pada 2022, bagaimanapun, tetap mengulangi kesalahan sama, justeru menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih setiap masa.
"Premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan jika masih ingkar, boleh dikenakan arahan penutupan di bawah akta berkaitan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#resoran mamak kotor
#pekerja restoran kencing
#Jalan Hang Tuah Melaka
#Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan