ALOR SETAR: Gara-gara menggunakan minyak masak peket dalam penyediaan makanan menyebabkan sebuah restoran mamak di Alor Gajah di serbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, di sini pada Selasa.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, serbuan jam 1 petang itu mendapati premis makanan berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
Menurutnya, pemeriksaan dan risikan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada pengguna mengenai kegiatan restoran mamak itu sebelum menemui gula yang disorokkan di bahagian tangga manakala minyak masak peket disimpan di stor tingkat atas.
"Kita mendapati premis terbabit disyaki menyorok barang kawalan lebih 300 kilogram gula pasir bersubsidi dan juga 250 minyak masak peket satu kilogram.
"Restoran itu telah melakukan kesalahan apabila gagal mengemukakan sebarang dokumen permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di Pusat Perniagaan Jelatang, di sini pada Selasa.
Jelas Norena, restoran makanan ataupun kedai makan tidak dibenarkan menggunakan minyak masak peket dalam penyediaan makanan kerana barangan bersubsidi hanyalah untuk kegunaan isi rumah sahaja.
Ujarnya, kesemua minyak masak yang dirampas itu mampu menampung kegunaan bagi 133 isi rumah di negeri ini dan bukannya bagi tujuan perniagaan.
Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti daripada mana sumber bekalan minyak masak ini diperoleh.
"Kita juga akan memburu pihak pemborong barangan kawalan itu yang terlibat dalam kegiatan ini.
"KPDN memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada semua peniaga yang menggunakan atau menyimpan barang kawalan bagi kegunaan perniagaan perlu mendapatkan Lesen barangan kawalan berjadual (CSA)," katanya lagi.
Tambahnya, mereka yang mempunyai lesen CSA hanya boleh mendapatkan bekalan minyak masak daripada pemborong lesen sah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 12 2023
Pegawai penguat kuasa KPDN Melaka menemui minyak masak peket yang disorokkan di bahagian atas restoran mamak itu. - Gambar/ Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
Restoran mamak sorok lebih 500kg gula, minyak masak peket diserbu
Premis makanan di Alor Hajah berkenaan turut menyorok lebih 550 kilogram (kg) barangan bersubsidi gula pasir dan minyak peket.
Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.
'Selesai segera isu pengambilan pekerja asing sebelum restoran mamak gulung tikar' - Kimma
Kerajaan diminta menyelesaikan segera isu pengambilan pekerja asing bagi mengisi kekurangan yang dihadapi banyak pengusaha restoran mamak yang kini berhadapan risiko gulung tikar.
Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.
Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja
Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada warga tempatan.
Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan
Sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
Restoran mamak guna robot layan pelanggan, tangani isu kekurangan pekerja
Penggunaan teknologi robotik telah mengambil alih tugas pelayan di beberapa restoran mamak susulan isu kekurangan pekerja.
Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.