awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran tumpuan 'geng plastik hitam' diserbu, dua 'ulat' diberi notis

Bernama
Bernama
08/04/2022
08:04 MYT
Restoran tumpuan 'geng plastik hitam' diserbu, dua 'ulat' diberi notis
Antara penerima notis ialah dua pekerja restoran tersebut yang bertindak sebagai penghantar makanan kepada individu tidak berpuasa. - Gambar hiasan
MELAKA: Padah tidak menghormati bulan Ramadan, sebuah restoran di Peringgit di sini diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) apabila dipercayai menjadi pusat geng 'plastik hitam' membeli makanan.
Dalam serbuan tengah hari tadi, antara yang menerima notis ialah dua pekerja restoran tersebut yang bertindak sebagai 'ulat' atau penghantar makanan kepada individu tidak berpuasa yang menunggu di dalam kereta atau motosikal.
Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata, Op Plastik Hitam Menggelegak itu dilakukan hasil risikan pasukannya sejak hari pertama Ramadan lagi memandangkan restoran tersebut sememangnya terkenal sebagai lokasi tumpuan golongan culas berpuasa.
"Untuk operasi hari ini sebanyak tujuh notis dikeluarkan ke atas pemilik dan pekerja restoran yang berusia antara 24 dan 63 tahun itu atas kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan mereka diperintahkan untuk hadir ke pejabat JAIM untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati restoran tersebut memulakan perniagaan seawal 8 pagi dan mendakwa mereka menjual makanan kepada golongan bukan Muslim.
Jelas Che Sukri, premis itu, yang disifatkannya sebagai kawasan paling 'panas' di Melaka Tengah pada bulan Ramadan, sebelum ini pernah diberi amaran kerana mereka telah melakukan aktiviti tersebut sejak bertahun lamanya.
"Kali ini modus operandinya menggunakan 'ulat' dan mereka menerima tempahan melalui telefon. Jadi air dan makanan sudah siap dibungkus dan ulat ini akan terus ke kereta di mana pembeli sedia menunggu.
"Jadi pembeli tidak perlu 'drop off' atau singgah di kedai dan kaedah menggunakan 'ulat' ini lebih mudah dan lancar dalam menghantar makanan yang dibeli," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#tak puasa
#geng plastik hitam
#jabatan agama islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan