GEORGE TOWN: Meskipun kini dirinya bergelar individu kurang (OKU) akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak 14 tahun lalu, namun ia tidak mematahkan semangat seorang pemuda untuk kembali bangkit menjalani kehidupan seharian menerusi Program 'Return To Work' (RTW) yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Muhammad Shakir Mohamad Zakaria, 32, menyifatkan kemalangan yang menimpanya sehingga lumpuh dari paras pinggang ke bawah sebagai satu pengalaman yang mengajarnya erti tidak berputus asa dalam memulakan kehidupan baharu.
"Sejak hilang upaya kekal, kehidupan telah berubah total kerana sentiasa memerlukan sistem sokongan seperti bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
"Justeru, menerusi RTW ini banyak manfaat yang saya peroleh iaitu bermula dengan faedah rawatan sepanjang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), bantuan pencen ilat, kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional sehinggalah berpeluang mengikuti kelas pentadbiran yang disediakan Perkeso (untuk kembali bekerja) dan akhirnya berjaya mendapat kerja dalam sektor kerajaan sejak lapan tahun lalu," katanya.
Muhammad Shakir yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Kampung Makam di sini hari ini.
Muhammad Shakir berkata, dirinya amat bernasib baik kerana meskipun sempat menjadi pencarum Perkeso tidak sampai dua bulan semasa kejadian kemalangan itu, namun manfaat kebajikan yang diterimanya adalah di luar jangkaan.
Katanya, pembekalan alat pemulihan seperti kerusi roda 'Ultra Light Weight' dan kerusi roda 'Manual Standing' yang berharga belasan ribu ringgit setiap satu sememangnya memudahkan aktiviti harian lebih-lebih lagi ketika bekerja.
"Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur dengan adanya program RTW Perkeso ini ia seolah-olah memberi harapan kedua kepada saya dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik biarpun dalam kekurangan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Perkeso George Town Rafidah Abdul Rahim berkata di bawah program tersebut Muhammad Shakir yang merupakan Orang Berinsurans (OB) akan dipantau oleh seorang pakar pengurusan kurang upaya Perkeso yang membantu dari segi pengurusan kes, perancangan serta pemantauan kes.
"Selain itu pakar tersebut akan melakukan perbincangan dengan doktor pakar, membuat pengesyoran alat pemulihan yang sesuai dengan keperluan pekerjaan, membuat rujukan untuk OB menjalani rehabilitasi fizikal dan vokasional rehab di panel Perkeso yang dilantik selama tiga bulan seterusnya menjalankan aktiviti carian pekerjaan baharu sehingga OB dapat bekerja sehingga sekarang," katanya.
Rafidah berkata, meskipun pencarum mencarum dengan jumlah yang kecil namun pencarum terlibat telah dilindungi di bawah skim Perkeso dengan faedah yang mencecah puluhan ribu ringgit termasuk faedah yang diterima secara tunai mahupun faedah berupa pembekalan alat pemulihan.
"Oleh itu, Perkeso ingin menyeru kepada pekerja yang bekerja sendiri serta majikan yang layak supaya mencarumkan pekerja mereka supaya pekerja boleh dilindungi di bawah skim yang disediakan," katanya.
Terdahulu, Rafidah turut menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Shakir berupa barangan keperluan yang turut dihadiri Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi HPP Dr Zetty Noreeta Mohd Rozali dan Ketua Negeri Cawangan RTW Pulau Pinang Mohd Zaki Zainudin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
Pengurus Pejabat Perkeso George Town Rafidah Abdul Rahim (dua, kanan) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Muhamad Shakir Mohamad Zakaria (kiri) pada Program Ziarah Jelajah Prihatin di George Town. - Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.