awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan berhimpun di Taiwan tuntut syarat kerja lebih baik

Bernama
Bernama
01/05/2025
13:31 MYT
Ribuan berhimpun di Taiwan tuntut syarat kerja lebih baik
Para penunjuk perasaan berarak selama beberapa jam, mendesak pembaharuan undang-undang buruh. - X: TaiwanNewsEN
TAIPEI: Kira-kira 5,000 wakil daripada lebih 100 kesatuan sekerja di Taiwan berhimpun di Taipei pada Khamis sempena Hari Pekerja Antarabangsa, menuntut syarat pekerjaan yang lebih baik, kenaikan gaji, waktu kerja lebih singkat serta penambahbaikan pencen.
Sambil membawa sepanduk bertulis "Hentikan Buli! Lindungi Pekerja!" dan melaungkan bantahan terhadap gaji rendah, para penunjuk perasaan berarak selama beberapa jam, mendesak pembaharuan undang-undang buruh, lapor agensi berita Jerman dpa.
Presiden Konfederasi Kesatuan Sekerja Taiwan Tai Kuo-jung mengkritik kerajaan kerana gagal memberi respons yang mencukupi terhadap keperluan pekerja dan menggesa agar gaji minimum dinaikkan kepada 32,000 dolar Taiwan (AS$998) sebulan berbanding kadar semasa iaitu 28,590 dolar.
"Apabila kerajaan tidak memberi respons terhadap tuntutan kami, itu bermakna kerajaan membuli pekerja," kata Tai kepada wartawan di luar perarakan itu.
"Kami berharap dapat terus menekan kerajaan agar mewujudkan persekitaran kerja yang lebih mesra pekerja, demi masa depan lebih cerah untuk generasi muda," katanya.
Para penunjuk perasaan kemudiannya berkumpul di dataran luar Pejabat Presiden, menuntut penambahbaikan syarat kerja dalam agensi kerajaan dan sektor kesihatan. Pada 2024, insiden bunuh diri seorang kakitangan Kementerian Buruh akibat tekanan melampau dan buli di tempat kerja mengejutkan negara dan mendedahkan masalah serupa di tempat lain.
Perdana Menteri Chuo Jung-tai pada Khamis berkata undang-undang berkaitan buli di tempat kerja akan diperketat dan hukuman akan ditingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Hari Pekerja
#hak pekerja
#undang-undang buruh
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan