Ribuan obor-obor merah yang jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi perkelahan yang terkenal di sini, sejak minggu lepas sehingga hari ini.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa yang pelik dan unik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla, dengan Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Jabatan Perikanan dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjelaskan haiwan laut itu boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan.
Justeru, masyarakat dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama 'Sea Tomato'.
"Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
"Oleh kerana obor-obor adalah perenang yang lemah, ini akan menyebabkan ia tidak dapat menahan alunan gelombang dan dengan itu dihanyutkan ke pantai," katanya kepada Bernama.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili yang ditemui ketika pengambilan sampel di pantai, mengingatkan orang ramai untuk tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
Ribuan obor-obor merah yang jarang dilihat ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla- Gambar BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.
Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.
Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.
Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya
Paras Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatat penurunan bacaan iaitu 13.40 meter (m) setakat pukul 7 malam ini, bagaimanapun ia masih melebihi paras bahaya.