awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat Israel tunjuk perasaan gesa Netanyahu disingkir, bebaskan tebusan

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2024
21:15 MYT
Ribuan rakyat Israel tunjuk perasaan gesa Netanyahu disingkir, bebaskan tebusan
Polis menolak penunjuk perasaan yang mengadakan protes di Baitulmaqdis, pada Selasa. Tunjuk perasaan itu menggesa Perdana Menteri Netanyahu disingkirkan dan membebaskan tebusan dalam tawanan Hamas. - Gambar AP
BAITULMAQDIS: Lebih banyak protes anti-kerajaan diadakan Selasa di Israel dengan peserta demonstrasi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pembebasan semua tebusan yang berada dalam tawanan di Gaza.
Sejumlah penunjuk perasaan anti-kerajaan melanggar sekatan keselamatan berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di sini, pada Selasa.
Satu rakaman video di media sosial menunjukkan berlaku konfrontasi antara polis dan Ayala Metzger iaitu menantu kepada salah seorang tebusan yang ditahan di Gaza.
Media tempatan turut melaporkan ribuan orang berkumpul di hadapan Knesset iaitu Parlimen Israel di Baitulmaqdis, menandakan yang ketiga daripada gelombang protes selama empat hari.
Ia merupakan protes anti-kerajaan terbesar sejak perang Israel dengan Hamas bermula pada 7 Oktober.
Einav Zangauker, ibu kepada seorang tebusan yang ditahan di Gaza mengkritik Netanyahu, dengan berkata: “Engkau yang menyebabkan malapetaka. Engkau telah gagal. Engkau yang memelihara dan mengembangkan Hamas.
“Ia adalah kesalahan engkau sehingga anak saya, Matan berada dalam kurungan dan diseksa di sana. Engkau melancarkan kempen melawan saya, terhadap keluarga dan terhadap orang Israel. Penyokong engkau panggil kami pengkhianat (tapi, sebenarnya) engkau pengkhianat. Engkau mengkhianati rakyat, pengundi, rakyat Israel," katanya.
Imej dari Baitulmaqdis menunjukkan orang ramai memegang papan tanda menuduh kerajaan Israel "meninggalkan" tebusan serta "menghasut dan merancang" perang. - Agensi
Topic Berkaitan
#israel serang gaza
#tunjuk perasaan
#singkir Benjamin Netanyahu
#protes di Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan