awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan serbu sesi temuduga Tesla Malaysia di Cyberjaya

Fareez Azman
Fareez Azman
17/06/2023
08:30 MYT
Ribuan serbu sesi temuduga Tesla Malaysia di Cyberjaya
Seawal jam 10.00 pagi lagi ribuan pencari kerja dilihat mula beratur.- Foto ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Sesi temuduga 'walk-in' Tesla Malaysia yang diiklankan sebelum ini diserbu ribuan orang ramai pada Sabtu.
Difahamkan sesi temuduga yang bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang itu diadakan di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec, Cyberjaya.
Bagaimanapun seawal jam 10.00 pagi lagi ribuan pencari kerja dilihat mula beratur sehingga mengakibatkan kesesakan berlaku.
Kira-kira 6,000 orang hadir ke temu duga yang dijalankan oleh syarikat automotif Tesla, bertempat di Cyberjaya, pada petang Sabtu. Difahamkan, kesemua mereka hadir bagi merebut peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) di pic.twitter.com/0iFUxO24bx
— Astro AWANI (@501Awani) June 17, 2023
Sebelum ini Tesla Malaysia mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabatnya yang pertama di negara ini.
Menerusi iklan itu, lima perjawatan dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.
Awal Mac lalu, Tesla mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia menerusi Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla.
Ia susulan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.
Topic Berkaitan
#Tesla Malaysia
#temuduga
#MITI
#pelaburan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan