awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2024
01:30 MYT
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Ribuan bangkai tapak sulaiman yang terdampar di pantai Kent, UK pada Isnin lalu. - Foto agensi
MARGATE: Ribuan tapak sulaiman atau bintang laut terdampar di pantai Kent, United Kingdom (UK), yang sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai amaran bencana alam berkemungkinan terjadi di daerah itu, lapor Sky News.
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
Gambar yang dimuat naik dalam Facebook penduduk tempatan mendapati ribuan tapak sulaiman yang dipercayai sudah mati memenuhi pantai rekreasi manakala kelihatan orang ramai mula membanjiri kawasan itu bagi melihat sendiri fenomena pelik itu.
Agensi Alam Sekitar menyatakan hidupan marin invertebrata seperti tapak sulaiman, ketam dan krustasea lain sering terdedah di luar air kerana mereka cenderung untuk hidup di kawasan perairan cetek sehingga mudah dihanyutkan ombak dan sebagainya.
Majlis Daerha Thanet berkata, mereka menyedari fenomena itu dan percaya ia berkemungkinan berpunca daripada ombak kuat dan angin darat yang berlaku baru-baru ini.
"Kami memahami kebimbangan orang ramai apabila hidupan laut ditemui di pantai daerah ini.
"Kami melaporkan semua tapak sulaiman itu kepada Brtish Divers Marine Life Rescue dan mereka sudah mengumpul semua bangkai hidupan laut itu," katanya.
Justeru, majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk untuk menjauhkan haiwan seperti anjing serta kanak-kanak daripada menghampiri kawasan pantai itu.
Kejadian sama pernah berlaku Kdi sebuah pantai di Ramsgate, Kent pada 2018, yang terletak kurang daripada 10 kilometer dari Pantai Margate. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#tapak sulaiman
#terdampar
#bencana alam
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan