awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Agnes landa UK cetus banjir, bekalan elektrik terputus

Bernama
Bernama
28/09/2023
08:45 MYT
Ribut Agnes landa UK cetus banjir, bekalan elektrik terputus
Selain angin kencang, Ribut Agnes turut membawa ombak kuat yang membadai kawasan Tramore, County Waterford, Ireland pada 27 September. - AP
LONDON: Ribut Agnes yang melanda United Kingdom (UK) telah mencetuskan banjir dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selepas ribut itu membadai Ireland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ribut pertama musim ini dengan kelajuan angin mencecah 127 kilometer sejam membadai Capel Curig, sebuah kampung di Wales, pada Rabu.
Angin kencang turut membadai Aberdaron di Wales, Glenanne di Ireland Utara dan Camborne di Cornwall.
Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK.
Seorang wanita terpaksa diselamatkan apabila keretanya terperangkap dalam banjir di County Londonderry, Ireland Utara.
Sebuah pesawat easyJet tidak dapat mendarat di Belfast kerana angin kuat, menurut syarikat penerbangan itu kepada Belfast Telegraph.
Kira-kira 135 hartanah di Isles of Scilly, di barat daya England, mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut National Grid.
Pakar meteorologi,Dan Stroud, memberitahu agensi berita PA bahawa angin kencang diramal mula reda di England dan Wales.
"Kami menjangkakan kemuncak Ribut Agnes akan beransur reda dalam tempoh semalaman."
Agnes bermula di Ireland, menyaksikan banjir dan gangguan lalu lintas, dengan pokok tumbang menghalang jalan raya, selain menjejaskan penerbangan serta perkhidmatan feri.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#ribut agnes
#cuaca buruk
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan