Ribut: Bangunan pejabat penyelaras DUN Sijangkang, bumbung surau KAFA runtuh

Anggota bomba membawa keluar wanita yang cedera dalam kejadian runtuhan di Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, petang tadi.
KUALA LANGAT: Seorang wanita cedera selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan membabitkan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang ketika kawasan itu dilanda hujan lebat disusuli ribut kencang pada petang Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas tertimbus dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, dan berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dengan kecederaan di pinggang dan paha.
- Runtuhan turut melibatkan surau KAFA berhampiran, menyebabkan tujuh hingga sembilan pelajar mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan daripada petugas KKM di lokasi kejadian.
- JBPM Selangor memaklumkan bangunan yang runtuh dikategorikan sebagai kelas B dan kelas A, manakala punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan.Jika mahu saya bantu sediakan laporan khas keselamatan bangunan awam atau siaran berita, saya sedia bantu. Mahu teruskan?
Beliau memberitahu, semasa kejadian, seorang mangsa wanita berusia 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan dalam keadaan sedar.
Jelas beliau, anggota bomba segera menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang dengan kecederaan pada bahagian pinggang dan paha.
Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, runtuhan turut melibatkan sebuah surau Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berhampiran berkeluasan 50 x 60 kaki persegi yang diklasifikasikan sebagai bangunan kelas A.
"Terdapat kira-kira tujuh hingga sembilan pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat oleh pihak KKM di tempat kejadian.
"Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan," jelas beliau. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami