ZAGREB: Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera.

Seorang pejalan kaki berusia 50 tahun dan pemandu berusia 48 tahun maut di lokasi kejadian selepas dihempap pokok tumbang di Zagreb ibu negara Croatia

Sementara itu, seorang lelaki berusia 40 tahun di Kaunti Brod-Posavina di wilayah Slavonia maut selepas pokok tumbang menghempap keretanya.

Ribut petir melanda beberapa daerah dan Zagreb paling terjejas teruk.

Perkhidmatan bantuan di bandar dan daerah Zagreb menerima lebih 1,300 panggilan kecemasan.

Angin kencang turut membadai daerah Krapina-Zagorje, Varazdin dan Medimurje yang terletak di bahagian utara serta daerah Brod-Posavina, Pozega-Slavonia dan Vukovar-Srijem di timur.

Penilaian mengenai kerosakan harta benda masih belum dilakukan dan Perdana Menteri Andrej Plenkovic telah berikrar kerajaan akan menghulurkan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih.

-- BERNAMA