Hujan lebat disusuli angin kencang yang melanda Seberang Perai, Pulau Pinang malam tadi meranapkan sebahagian besar khemah-khemah peniaga yang berniaga di Uptown Bandar Perda, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, ribut yang melanda telah mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai serta peniaga apabila angin kuat menerbangkan khemah-khemah yang dipasang manakala kebanyakan barang niaga rosak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air termasuk Balai Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam.

Sementara itu, dalam kejadian lain, ribut turut menyebabkan sebahagian besar cermin di dewan menunggu Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bukit Mertajam pecah.

Sehingga jam 2 pagi tadi, pekerja KTMB masih giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Suasana susulan kejadian ribut di Uptown Bandar Perda.

Orang ramai menyelamatkan diri ketika kejadian ribut di Uptown Bandar Perda.Bagaimanapun, menurut Ros Azhan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di setesen KTMB itu kerana tiada penumpang pada waktu kejadian berikutan operasi keretapi sudah tamat.

Selain itu Ros Azhan, turut memaklumkan, kejadian ribut malam tadi turut menyebabkan beberapa buah kereta rosak akibat ditimpa pokok tumbang di Permatang Pauh.

Difahamkan, katanya, terdapat beberapa lagi kejadian pokok tumbang di sekitar Pangsapuri Idaman di Jalan Permatang Pauh hingga merosakkan beberapa kereta, namun polis belum menerima maklumat penuh mengenainya.

Banjir yang melanda susulan hujan lebat disusuli angin kencang yang melanda Seberang Perai, Pulau Pinang malam tadi.