awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar - PM Anwar
PDRM jamin tindakan profesional, telus dalam isu perolehan - KPN
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut pasir, lebih 800 penduduk Iran dikejarkan ke hospital

Bernama
Bernama
07/07/2023
04:43 MYT
Ribut pasir, lebih 800 penduduk Iran dikejarkan ke hospital
128 daripada mereka dimasukkan ke hospital kebanyakannya kerana masalah pernafasan, jantung atau keadaan mata yang disebabkan oleh ribut pasir.- Gambar hiasan/freeimages.com
TEHRAN: Sebanyak 833 orang penduduk Sistan dan Baluchestan dirujuk ke pusat perubatan di wilayah tenggara Iran sejak lima hari lalu akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh ribut pasir, Xinhua memetik laporan Agensi Berita IRIB Iran pada Khamis.
Ketua Organisasi Pencegahan dan Pengurusan Bencana wilayah, Majid Mohebi memberitahu IRIB bahawa 128 daripada mereka dimasukkan ke hospital kebanyakannya kerana masalah pernafasan, jantung atau keadaan mata yang disebabkan oleh ribut pasir.
Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Sistan dan Baluchestan, Seyed Mohammad Mehdi Sajjadi berkata lebih 6,000 pelitup muka disediakan kepada penduduk wilayah yang terjejas.
Angin kencang dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang, yang mungkin menyebabkan lebih banyak ribut pasir, ketua pengarah organisasi meteorologi wilayah itu, Mohsen Heidari dipetik sebagai berkata.
Wilayah itu biasanya mengalami angin musim panas yang kuat dari akhir Mei hingga akhir September pada setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#ribut pasir
#masalah kesihatan
#Baluchestan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan