awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba

Bernama
Bernama
16/01/2026
14:00 MYT
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
JBPM Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering seperti sekarang. - Gambar fail/JBPM
GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering seperti sekarang, kata Pengarahnya Mohamad Shoki Hamzah.
Beliau berkata ini terutama di lokasi mudah terbakar seperti kawasan tanah gambut, kebun dan tapak pelupusan sampah dengan api yang kecil untuk membakar sampah di belakang rumah boleh merebak menjadi kebakaran belukar yang besar dalam sekelip mata.
"Lupuskan sampah dan sisa kayu lama di tapak pelupusan yang sah, bukan dengan cara membakarnya manakala puntung rokok perlu dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
"Ini termasuk jangan buang puntung rokok keluar dari kenderaan kerana rumput kering di tepi jalan sangat mudah terbakar ekoran cuaca panas sekarang," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohamad Shoki berkata orang ramai juga perlu memastikan unggun api dipadam sepenuhnya sebelum meninggalkan tapak perkehemahan.
Beliau berkata sejak awal Januari hingga semalam, sebanyak 88 kes direkodkan pihaknya membabitkan kebakaran terbuka dengan kebakaran lalang dan belukar merekodkan kes tertinggi, iaitu 62 kes diikuti kebakaran sampah (18) dan kebakaran hutan (8).
"Semalam merekodkan peningkatan aktiviti kebakaran terbuka, iaitu sebanyak lapan kes membabitkan kawasan belukar, lalang dan longgokkan sampah antaranya di Teluk Bahang, Sebarang Perai dan Bagan Jermal," katanya.
Beliau berkata setakat ini kesemua kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba tanpa melibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam yang besar.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#JBPM Pulau Pinang
#nasihat
#pembakaran terbuka
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan