Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung bermula Selasa

81696068473_TBhujan.jpg
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung bermula 3 hingga 5 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, keadaan itu berlaku dalam tempoh lebih panjang di kawasan tersebut termasuk perairan negeri berkenaan susulan penumpuan angin.

โ€œSehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my.

โ€œIa termasuk media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,โ€ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. - Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video