awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, lapan negeri - MetMalaysia

Bernama
Bernama
04/11/2024
02:10 MYT
Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, lapan negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).
Di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#ribut petir
#MetMalaysia
#lapan negeri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan