awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan

Bernama
Bernama
31/05/2023
22:45 MYT
RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan
Salahuddin menyampaikan cek replika kepada artis-artis tempatan di dalam Majlis Pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melancarkan program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' dalam usaha membantu pengamal industri muzik tempatan.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata pihaknya mendapat sokongan pembiayaan tahunan sebanyak RM100,000 daripada Public Performance Malaysia Berhad (PPM), yang merupakan Pertubuhan Pengurusan Kolektif tertua di Malaysia.
"Di bawah program ini, pengamal industri muzik terdiri daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu sehinggalah pegawai perhubungan awam syarikat rakaman yang menghadapi kesusahan akibat pelbagai faktor boleh memohon bantuan kewangan daripada sumbangan Rahmah yang baru ditubuhkan ini, " katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik semalam.
Majlis itu, yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, adalah selari dengan inisiatif Payung Rahmah bagi membantu meringankan kos hidup rakyat.
Rosmin juga berkata permohonan bantuan kewangan itu akan dibuka hari ini dan sebarang butiran program termasuk kelayakan, kriteria dan borang boleh didapati di laman sesawang www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application.
Beliau juga berkata Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industri muzik yang berdepan masalah kewangan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.
"Kami prihatin tentang nasib artis veteran yang bergelut untuk menampung kehidupan serta mereka yang memerlukan bantuan untuk membayar bil perubatan mereka yang banyak. Kami amat bersyukur kerana program seperti ini berjaya dilaksanakan.
"Seperti Dana Kecemasan RIM sebelum ini, kami akan mematuhi parameter dan syarat yang ditetapkan dalam penyaluran bantuan kewangan daripada dana Sumbangan Rahmah Industri Muzik kepada pemohon yang layak," katanya.
Pada majlis itu, Salahuddin menyerahkan cek replika bernilai RM2,000 kepada beberapa penggiat industri muzik yang juga adalah penerima pertama sumbangan Rahmah.
Antaranya penyanyi Zaiton Sameon, Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC, Sazali P. Ramlee dan Ben Nathan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RIM
#Sumbangan Rahmah Industri Muzik
#pengamal industri muzik tempatan
#Rosmin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan