KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong minat belian yang muncul semula dalam keadaan permintaan terhadap dolar yang sedikit berkurangan memandangkan hasil Perbendaharaan AS lebih rendah, kata penganalisis.
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4030/4070 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4050/4065 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun dan 10 tahun masing-masing merosot 14 dan 12 mata asas untuk ditutup pada 3.06 peratus dan 3.16 peratus.
Beliau berkata ini akan memberi sedikit kelegaan kepada ringgit hari ini.
"Ekuiti penanda aras juga mengalami penurunan, menandakan pelabur telah beralih kepada aset bebas risiko," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam pada itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) tidak berganjak ddaripada pendirian untuk menurunkan kadar inflasi kepada paras sasaran 2.0 peratus walaupun tindakan itu mungkin menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan.
"Ini telah diredakan apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat AS," katanya.
Mohd Afzanizam berkata susulan itu, ringgit dijangka kekal rendah memandangkan sentimen pasaran masih lemah berikutan perbincangan yang semakin menarik mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan di AS.
Justeru, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dengan beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dengan pound British kepada 5.3946/3995 daripada 5.3966/3984 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2361/2393 daripada 3.2392/2408.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dengan euro kepada 4.6544/6586 daripada 4.6332/6348 semalam dan susut berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1729/1762 daripada 3.1707/1722.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4030/4070 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4050/4065 ketika ditutup pada Rabu. -Gambar fail/Reuters

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Misi Angkasa Lepas | 3 angkasawan Shenzhou-13 jumpa orang ramai
Angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu buat pertama kalinya bertemu pihak media dan khalayak sejak kembali ke bumi pada 16 April lalu. Pertemuan itu diadakan pada Selasa dan ketua pasukan angkasawan Jing Haipeng, turut berkongsi mengenai situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu.

Perlu mempermudahkan penganggur mencari kerja
Ramai berpandangan bahawa tiada pekerjaan yang tersedia untuk mereka selain merasakan diri mereka tidak layak.

Sindiket Minyak | Sindiket jual minyak terpakai secara haram tumpas
Beli minyak enjin terpakai dari bengkel dan kilang sebelum menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah dari pasaran. Itu taktik sindiket penjualan minyak enjin terpakai secara haram yang berjaya ditumpas polis Johor.

Lelaki hilang empat hari di dusun durian ditemukan lemah, tidak bermaya
Kamarudin Hasan ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10.50 pagi tadi.

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di Mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang)m Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS pagi ini berikutan indeks dolar AS (DXY) yang lebih kukuh.

Ringgit naik berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran lebih baik
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent diniagakan pada US$117.30 setong, naik sebanyak 1.89 peratus.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Nilai ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi Isnin.

Ringgit dijangka meningkat, namun didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan
Maklumat data utama dari Amerika Syarikat akan menjadi teras inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi pada Mei.

Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4020/4050 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4045/4075 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong minat belian yang muncul semula.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit dibuka agak tinggi pagi ini berbanding dolar AS walaupun sentimen pasaran lemah.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4000/4045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4000/4040.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4000/4040 daripada 4.4020/4045 pada Khamis.