KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh hampir di paras tertingginya dalam tempoh enam bulan menjelang pengumuman kadar beberapa bank utama dunia pada minggu ini terutamanya daripada Rizab Persekutuan AS (Fed).
Penurunan ringgit itu juga sejajar dengan prestasi mata wang serantau apabila sentimen kekal lemah di tengah-tengah kebimbangan terhadap pasaran hartanah China yang sedang bergelut, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6870/6915 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6815/6845 pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun Fed dijangka mengekalkan kadar tidak berubah, namun terdapat kemungkinan satu lagi kenaikan kadar pada lewat tahun ini kepada jajaran 5.50 hingga 5.75 peratus.
"Ini akan memberikan lagi sokongan kepada dolar," katanya kepada Bernama.
Mengenai perkembangan lain, beliau berkata pemaju China, Country Garden Holdings Co, berdepan dua ujian besar pada Isnin termasuk tarikh akhir awal untuk membayar faedah ke atas bon dolar dan penghujung pengundian pemiutang terhadap permintaannya untuk melanjutkan pembayaran dengan nota dalam denominasi yuan.
Walaupun mutakhir ini terdapat petanda pertumbuhan dan inflasi berada di paras terendahnya di tengah-tengah langkah-langkah yang diambil China untuk meningkatkan keyakinan pelabur, namun dana asing keluar dari pasaran secara besar-besaran, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1750/1783 daripada paras penutup 3.1670/1693 pada Jumaat minggu lepas, susut berbanding euro kepada 5.0020/0068 daripada 4.9919/9951 tetapi naik berbanding pound Britain kepada 5.8128/8184 daripada 5.8196/8233 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4347/4383 daripada paras penutup 3.4350/4374 pada Jumaat minggu lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.24/8.25.
Ia jatuh berbanding baht Thai kepada 13.1156/1337 daripada 13.0681/0812 sebelumnya dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.8/305.3.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6870/6915 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6815/6845 pada Jumaat minggu lepas.- Gambar fail

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6850/6880 berbanding paras penutup 4.6865/6920 pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit dibuka tinggi sedikit susulan permintaan sederhana
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap unit tempatan itu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.6840/6880 berbanding dolar AS 4.6940/6980 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6940/6980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6870/6915 pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Fed
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Fed akhir minggu ini.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6755/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6760 pada Isnin.

Ringgit ditutup hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.6745/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6755/6795 pada penutup semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat.

Sentimen berwaspada punca ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan selera risiko dalam pasaran terjejas oleh sentimen berwaspada.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang mata wang tempatan itu merosot kepada 4.6575/6610 berbanding dolar AS 4.6465/6495 ketika ditutup semalam.