awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/10/2023
12:01 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun yang lain, berikutan pelabur tidak memasuki pasaran, kerana menunggu data pekerjaan swasta AS yang dijadualkan keluar lewat hari ini.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour menolak penurunan kadar faedah ketika ini, memandangkan ekonomi domestik berkemungkinan kekal berdaya tahan berikutan pekerjaan dan gaji menyokong perbelanjaan isi rumah.
Dalam satu laporan berita hari ini, Abdul Rasheed, yang menerajui bank pusat itu untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam dua mesyuarat awalnya sebagai gabenor, berkata pengembangan Malaysia juga akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun dan pemulihan global yang dijangka pada 2024.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia susut berbanding yen kepada 3.1703/1729 daripada 3.1504/1533 ketika ditutup pada Selasa, turun berbanding euro kepada 4.9645/9681 daripada 4.9500/9542 pada Selasa dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7343/7385 daripada 5.7031/7079.
Mata wang tempatan itu turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asian lain.
Ringgit merosot berbanding baht Thai kepada 12.7549/7685 daripada 12.7381/7540 pada Selasa tetapi meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/302.8 daripada 303.0/303.4 sebelumnya.
Ia merosot berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 berbanding 8.31/8.32 pada Selasa dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4462/4492 daripada 3.4366/4400 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPR
#mata wang utama
#projek infrastruktur
#isu rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan