awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
16/05/2024
13:03 MYT
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain. - Gambar fail/Freepik
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi hari ini melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS, paras yang kali terakhir dilihat dua bulan lepas, susulan harapan tinggi Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya berdasarkan kepada data inflasi terkininya.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
"Data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan bahawa jangkaan penurunan kadar faedah AS kelihatan boleh dicapai di tengah-tengah laporan pasaran buruh yang melemah pada awal Mei, apabila data senarai gaji bukan ladang AS mencatatkan prestasi lebih rendah daripada jangkaan kepada 175,000, daripada jangkaan pasaran pada 243,000 bagi April," katanya kepada Bernama.
Selain itu, katanya, Indeks Dolar AS (DXY) juga menyusut ke bawah 105 mata.
"Dalam hal itu, nampaknya terdapat perubahan dalam sentimen terhadap kadar faedah AS yang membawa kepada permintaan lebih tinggi terhadap mata wang lain," kata Mohd Afzanizam.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.0264/0292 daripada paras penutup 3.0189/0207 pada rabu tetapi naik berbanding euro kepada 5.0882/0926 daripada 5.0941/0968 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9299/9350 daripada 5.9391/9423 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4813/4846 daripada 3.4873/4894 pada Rabu dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.17/8.19 sebelumnya.
Bagaimanapun, unit tempatan turun berbanding baht Thai kepada 12.9503/9671 daripada paras penutup 12.8735/8867 pada Rabu dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 293.9/294.3 daripada 293.5/293.8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#paras penutup
#ASEAN
#Indeks Harga Pengguna AS
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan