KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan penurunan 0.1 peratus Indeks Dolar AS (DXY) kepada 105.845 mata, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan terhadap konflik Timur Tengah sedikit sebanyak mula mereda, dinilai daripada penurunan harga minyak mentah Brent kepada US$86.90 setong.
"Namun begitu, pasaran masih bimbang dengan risiko geopolitik dan juga prospek tidak menentu kadar faedah Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata tumpuan di pasaran tempatan adalah kepada angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama 2024, yang akan diumumkan esok.
"Kejutan positif pastinya akan membawa impak yang baik kepada ringgit," kata Mohd Afzanizam.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding euro kepada 5.1050/1082 daripada paras penutup 5.0981/1024 pada Rabu tetapi naik berbanding yen Jepun kepada 3.0980/1002 daripada 3.0990/1018 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9671/9708 daripada 5.9720/9770 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai baht kepada 13.0053/0188 daripada 13.0194/13.0373 pada Rabu dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.37 daripada 8.37/8.39 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 295.6/296.0 daripada 295.3/295.7 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5176/5201 daripada 3.5171/5200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
Kerajan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7195 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7095 pada Jumaat.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini
Ringgit mengalami pembetulan teknikal hari ini dan ditutup rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan peningkatan sejak beberapa hari lepas, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kelima berturut-turut
Pada 5 petang, Indeks FBM KLCI melonjak 0.21 peratus atau 3.13 mata kepada 1,498.83 daripada paras penutup 1,495.70 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) terbaharu, kata seorang penganalisis.