KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Jack Dorsey menafikan garis masa laman media sosial itu akan berubah, susulan spekulasi mengenai perubahan itu yang dikritik netizen.

Kenyataan Dorsey dibuat setelah terdapat khabar angin yang menyatakan garis masa Twitter akan diubah berdasarkan algoritma baharu.

Jika menurut khabar itu, garis masa di akaun Twitter seseorang pengguna bukan lagi berdasarkan tweet-tweet terkini daripada rakan-rakan mereka. sebaliknya ia akan meletakkan keutamaan kepada tweet yang ia rasa para pengguna ingin membaca.

Bagaimanapun, Dorsey menerusi Twitter menafikan sistem baharu ini akan dilaksanakan seawal minggu hadapan.

“Saya ingin anda tahu kami sentiasa mendengar. Kita tidak pernah rancang untuk mengubah suai garis masa pada minggu depan,” kata Dorsey di Twitter.





Terdahalu, hashtag #RIPTwitter trending di laman media sosial itu.

Netizen kecam cadangan ini kerana mereka anggap Twitter mahu mengikut jejak Facebook, yang menggunakan algoritma yang sama.