awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RiVAC penting untuk kekal punca pendapatan, kemandirian perniagaan - Nanta

Bernama
Bernama
18/07/2021
01:50 MYT
RiVAC penting untuk kekal punca pendapatan, kemandirian perniagaan - Nanta
NANTA: Kami di pihak kementerian menggesa pihak berkuasa iaitu MKN untuk memberikan keutamaan kepada program vaksinasi pekerja runcit. - Gambar fail
SONG (Kapit): Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang menyasarkan untuk memvaksin sejumlah 105,000 pekerja sektor runcit sebelum 31 Ogos ini dijangka dapat membantu mengekalkan mata pencarian golongan itu serta kemandirian perniagaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berharap tidak berlaku kelewatan untuk memulakan program itu yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
"Sekiranya kita tidak membantu mereka, akan terdapat lebih banyak perniagaan runcit yang terpaksa ditutup dan pekerja mereka menjadi penganggur.
"Itulah sebabnya kami di pihak kementerian menggesa pihak berkuasa iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberikan keutamaan kepada program vaksinasi pekerja runcit," katanya.
BACA: 105,000 warga sektor peruncitan divaksinasi sebelum 31 Ogos - KPDNHEP
BACA: 91 peratus daripada perniagaan runcit lapor jualan merosot pada separuh pertama 2021
Nanta ditemui pemberita selepas menyampaikan bakul makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi daerah Song di bawah kawasan Parlimen Kapit di sini semalam.
Ahli Parlimen Kapit itu berkata sejumlah 3,000 bakul makanan bernilai RM100 setiap satu akan diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Katibas, Bukit Goram dan Pelagus di bawah Parlimen Kapit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Majlis Keselamatan Negara
#program vaksinasi
#ekonomi
#MKN
#kelewatan
#pekerja runcit
#sektor runcit
#Pekerja
#runcit
#mata pencarian
#kemandirian perniagaan
#perniagaan
#peruncitan
#RiVAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan