Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa jumlah rizab air di seluruh empangan negeri itu di bawah paras kritikal lima peratus kerana ia masih cukup untuk menampung keperluan semasa rakyat.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata dakwaan dibuat Pengerusi Eksekutif Syabas dan Puncak Niaga Holdings Bhd Tan Sri Rozali Ismail itu, tidak benar kerana pelbagai inisiatif sedang dijalankan pihaknya untuk memastikan jumlah air mentah dan air terawat sentiasa mencukupi.
"Kenyataan beliau (Rozali) tak betul sebab kalau kita tengok sekarang empangan-empangan yang ada tahapnya mencukupi dan jauh lebih besar daripada apa yang berlaku pada tahun lepas.
"Kita ada HORAS (Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid) yang akan siap hujung tahun ini dan kita juga ada projek Sungai Bernam serta beberapa lagi yang boleh menjadikan bekalan itu sentiasa cukup," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Mohamed Azmin berkata pelbagai inisiatif untuk menambah jumlah rizab air yang dijalankan pihaknya itu dibuat dengan mengambil kira keperluan kegunaan industri dan juga domestik.
Baru-baru ini, Rozali dilaporkan berkata isu-isu berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor perlu diselesaikan segera bagi mengelak gangguan bekalan air di negeri itu apabila rizab air berada di bawah paras lima peratus.
Beliau turut berkata kelewatan penyelesaian penstrukturan tersebut akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri itu termasuk pembangunan loji rawatan air Langat 2, sedangkan ia amat diperlukan untuk penyediaan rizab air jangka panjang.
Langat 2 adalah projek bekalan air utama bagi Selangor dan Kuala Lumpur. Ia dijangka menyediakan keperluan bekalan air negeri sehingga 2025.
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri berikutan beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang sering dilanda banjir kilat, Mohamed Azmin berkata prasarana berkaitan sedang dibina dan ia mengambil masa untuk disiapkan.
"Kita ada ambil tindakan yang mana projek tebatan banjir sekarang semua dalam proses pembinaan dan bukan boleh satu malam siap, jadi ia perlukan masa," katanya.
Bernama
Fri May 15 2015
AZMIN: Kenyataan beliau (Rozali) tak betul sebab kalau kita tengok sekarang empangan-empangan yang ada tahapnya mencukupi dan jauh lebih besar daripada apa yang berlaku pada tahun lepas. -Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.