KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat 29 Dis 2023 berbanding AS$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Dis 2023.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
"Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan," katanya.
Sehingga 29 Dis, BNM berkata daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah US$100.9 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).
Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), lain-lain deposit (RM40.02 bilion), kertas Bank Negara (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Jangan sebarkan maklumat peribadi orang lain dalam talian
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat mengandungi data peribadi mana-mana individu tidak harus disebarkan kerana ia melanggar undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan boleh dikenakan tindakan.
Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.
Pukul OKU: Letakkan kepercayaan kepada PDRM untuk siasat - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan rakyat seharusnya meletakkan kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes seorang pemandu e-hailing mendakwa dipukul anggota pengiring kerabat diraja baru-baru ini.
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 Mac 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Aset Bank Negara meningkat kepada RM631.26 bilion pada 2023
Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 1.97 peratus kepada RM631.26 bilion pada 31 Dis, 2023.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.85 bilion pada akhir Jan 2024 - BNM
Data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bln pada 15 Feb 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 bilion setakat 15 Feb, 2024, berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.