awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizalman bebas dadah - Polis KL

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2018
08:39 MYT
Rizalman bebas dadah - Polis KL
Terdahulu, Rizalman mendakwa serbuan yang dilakukan terhadapnya adalah perangkap yang bertujuan merosakkan nama baiknya. Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Polis hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar bebas daripada penyalahgunaan dadah setelah menerima keputusan ujian air kencing daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak Patologi HKL telah mengesahkan ujian air kencing beliau negatif.
Terdahulu dalam satu laporan yang tersebar di media sosial, saringan air kencing Rizalman dilaporkan tidak mengandungi dadah.
"Sebaik sahaja penahanan beliau, pegawai polis menghantar sampel air kencing Rizalman kepada pihak HKL untuk tindakan lanjut.
"Susulan itu, Jabatan Patalogi HKL mengesahkan bahawa ujian saringan awal polis tidak mengandungi sebarang jenis dadah dan tiada tindakan lanjut dikenakan kepada Rizalman," katanya kepada dihubungi di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai tangkapan Rizalman dan rakan-rakannya, Mazlan berkata, pihak polis melaksanakan tugas secara adil dan saksama serta tiada unsur penganiayaan dalam kes ini.
BACA: Saya diperangkap - Datuk Rizalman
BACA: Isu Ketua UMNO positif dadah akan dibincang dengan PM - Ahmad Zahid
Katanya, pihaknya juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
BACA: Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Rizalman Mokhtar
#isu semasa
#jenayah
#kencing
#Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
#negatif
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan