awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.2 juta untuk tambah set katil Hospital Raja Permaisuri Bainun

Bernama
Bernama
06/02/2024
10:32 MYT
RM1.2 juta untuk tambah set katil Hospital Raja Permaisuri Bainun
Dr Dzulkefly menjawab pertanyaan media selepas hadir pada perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi menambah bilangan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebagai usaha memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peruntukan itu bagi menampung perolehan kira-kira 250 set katil termasuk menggantikan kemudahan katil yang uzur.
"Walaupun ada penambahan lebih 400 katil menerusi pengoperasian Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK), kita (KKM) tambah peruntukan bagi membolehkan hospital beroperasi secara penuh (maksimum)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian KWKK HRPB di sini hari ini, yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Sementara itu, Dzulkefly berkata kerja-kerja menaik taraf Hospital Kuala Kangsar sedang dalam proses penawaran tender.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau pelaksanaan projek itu bagi memastikan siap mengikut jadual ditetapkan.
Hospital Kuala Kangsar merupakan antara 26 hospital berusia hampir seabad yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 untuk dinaik taraf selain Hospital Jelebu di Negeri Sembilan dan Hospital Pontian di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Dzulkefly Ahmad
#peruntukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan