awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
LHDN galak PMKS laksana e-Invois secara sukarela
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum mara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.5 bilion dilulus bina tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Bernama
21/10/2025
03:50 MYT
RM1.5 bilion dilulus bina tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand
Mohd Yusoff berkata, tembok 'dua dalam satu' itu bukan sahaja menjadi benteng bagi melindungi sempadan negara daripada dibolosi tetapi juga mampu menahan limpahan air Sungai Golok setiap kali musim tengkujuh. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.
Beliau berkata, tembok keselamatan itu akan dibina di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga ke Tanah Merah.
"Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) bersama pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ada melakukan lawatan ke sempadan negara.
"Perkara ini (pembinaan tembok keselamatan) ada dibincangkan dengan KSN bersama MKN sebagai peruntukan tambahan dan ia dalam proses (sebut harga/tender)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, tembok keselamatan yang akan dibina itu bukan sahaja berperanan mengekang kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan tetapi juga berfungsi sebagai benteng banjir.
Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan penduduk Rantau Panjang berharap tembok 'dua dalam satu' itu bukan sahaja menjadi benteng bagi melindungi sempadan negara daripada dibolosi tetapi juga mampu menahan limpahan air Sungai Golok setiap kali musim tengkujuh yang mengancam rumah penduduk dan perniagaan di kawasan terbabit.
Pada 13 Oktober lepas, Mohd Yusoff dilaporkan berkata, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas kini bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan strategik untuk mengekang penyeludupan, sekali gus mempertahankan kedaulatan negara di sempadan Kelantan-Thailand.
Beliau dilaporkan berkata, hal ini kerana bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan airnya cetek menyebabkan kawalan keselamatan sukar dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, dron atau kamera litar tertutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembok sempadan
#sempadan Malaysia-Thailand
#Ketua Polis Kelantan
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan