JOHOR BAHRU: Seorang peniaga di Johor mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita tempatan berusia 50 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang cuba menakutkan mangsa dengan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat miliknya pada Mei lalu.
Katanya, mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan suspek dengan membuat pembayaran tunai melalui 23 transaksi melalui mesin deposit tunai berjumlah RM900,000 ke 16 akaun bank berbeza, sebelum menyerahkan akses perbankan atas talian akaun berkenaan kepada suspek.
"Pada 16 Julai lalu, mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah membuat semakan terhadap akaun bank miliknya yang mendapati sebanyak tujuh transaksi berjumlah RM122,300 telah dipindahkan kepada beberapa pihak yang tidak dikenali tanpa pengetahuannya.
“Jumlah keseluruhan kSindiket Macau Scamerugian yang dialami pengadu adalah sebanyak RM1,022,300. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan iaitu menipu
“Siasatan juga turut meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Kamarul Zaman menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai panggilan melalui telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.
Selain itu, orang ramai juga, kata beliau, disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu CCID Scam Response Centre, CCID Infoline, SEMAK MULE dan Facebook JSJK PDRM bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan jenayah komersial.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Jul 17 2022
Seorang peniaga di Johor mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.