awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM100 juta bagi pelaksanaan projek baharu - Azmin

Bernama
Bernama
11/11/2019
13:59 MYT
RM100 juta bagi pelaksanaan projek baharu - Azmin
AZMIN: Bagi projek-projek sambungan, Kementerian Kewangan sedang bantu supaya pembayaran dibuat mengikut jadual supaya tak menjejaskan perjalanan untuk menyiapkan projek berkenaan.
Peruntukan RM100 juta bagi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah Belanjawan 2020 adalah untuk pelaksanaan projek baharu, kata menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bagi projek yang sedang berjalan dan sambungan, kementeriannya akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan.
"Kementerian (Hal Ehwal Ekonomi) telah membentangkan dan memohon pertimbangan daripada Kementerian Kewangan... saya telah mendapat jaminan bahawa RM100 juta bagi tahun 2020 hanya untuk projek-projek baharu.
"Bagi projek-projek sambungan, Kementerian Kewangan sedang bantu supaya pembayaran dibuat mengikut jadual supaya tak menjejaskan perjalanan untuk menyiapkan projek berkenaan," kata Mohamed Azmin pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, ini merupakan langkah awal kementerian tersebut dalam memastikan projek khas berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang penangguhan.
Beliau berkata, antara projek yang dipertimbangkan adalah seperti menaik taraf jalan, titi dan prasarana sekolah yang dapat memberikan kesejahteraan kepada penduduk khususnya di kawasan luar bandar.
"Projek yang dimaksudkan ini boleh dipohon oleh ahli-ahli Yang Berhormat dan disarankan permohonan ini dibuat melalui kementerian dan juga kerajaan negeri untuk pertimbangan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#Kementerian Kewangan
#Mohamed Azmin Ali
#projek baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan