Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.
Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membuat tawaran itu dengan hasrat membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan baharu pada 2008.
Katanya insiden itu berlaku di Hotel Hilton di Kuala Lumpur Sentral.
"Saya amat terkejut dan marah. Saya terasa 'murah' kerana pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal dan saya komited kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
Anifah, yang juga Ahli Parlimen Kimanis, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan itu.
"Saya beritahu dia (Ishak), jangan sekali-kali ulang perkataan itu (melompat parti)," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Anifah memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta oleh Anwar terhadap kenyataannya mengenai Anwar pada satu sidang media di Washington bersama bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada Mei 2009.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar ada bercakap dengannya menerusi telefon bimbit sebaik sahaja beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang dan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan menubuhkan kerajaan pada 16 Sept, 2008.
Sementara, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah hari ini, Anifah berkata Anwar telah menghubunginya melalui telefon pada sekitar Mei dan Jun 2008.
"Saya telah menerima panggilan daripada Tony Vun (ahli perniagaan), yang kemudian memberitahu saya bahawa ada seseorang ingin bercakap dengan saya dan selepas itu Tony Vun serahkan telefon kepada Anwar.
"Pada masa itulah Anwar membuat tawaran itu (lompat parti) dan jika saya meneruskan untuk melompat parti, dia akan menawarkan satu jawatan timbalan perdana menteri.
"Anwar jelas menyedari bahawa saya mempunyai pengaruh kuat ke atas beberapa ahli Parlimen dari Sabah untuk menguat kuasakan beberapa 'lompatan parti", katanya dalam kenyataan itu.
Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Anwar, Anifah berkata kenyataan fitnah yang didakwa itu dibuat pada 14 Mei 2009 pada sidang media anjuran Jabatan Negara Amerika Syarikat.
"Saya diminta secara khusus oleh wartawan untuk mengulas pendirian Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai tuduhan jenayah terhadap plaintif dan jika pertuduhan itu bermotifkan politik," katanya.
Anifah berkata kenyataan fitnah yang didakwa itu telah dimaksudkan sebagai 'off the record' dan beliau meningatkan media bahwa kenyataan itu eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, itu memfailkan saman pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang media di Washington pada 16 Mei 2009 semasa lawatan kerja ke negara tersebut.
Beliau juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung esok.
Bernama
Thu Nov 27 2014
Anifah (kanan) memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta oleh Anwar terhadap kenyataannya mengenai Anwar pada satu sidang media di Washington bersama bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada Mei 2009.
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu masuki tempoh kritikal
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu mula memasuki tempoh kritikal dengan parti dan calon bertanding melipat gandakan usaha bagi meraih sebanyak mungkin undi.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penghargaan buat anggota bomba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.