awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM11.15 juta diperuntuk bagi projek landskap, infrastruktur hijau di Sabah

Bernama
Bernama
08/04/2025
15:30 MYT
RM11.15 juta diperuntuk bagi projek landskap, infrastruktur hijau di Sabah
Dr Joachim berkata peruntukan itu melibatkan dana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang akan diagihkan kepada semua PBT. - Gambar fail/Bernama
PUTATAN: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11.15 juta bagi melaksanakan pelbagai projek landskap dan infrastruktur hijau di seluruh Sabah pada tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata peruntukan itu melibatkan dana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang akan diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata peruntukan itu selaras dengan perancangan pembangunan landskap negeri ini yang menekankan kepentingan kelestarian, keindahan persekitaran serta keseimbangan ekologi.
"Saya memahami keperluan peruntukan bagi PBT dalam usaha membangunkan dan menaik taraf infrastruktur hijau demi kesejahteraan masyarakat setempat," katanya dalam Amanat Khas Menteri sempena Program Inisiatif Penghijauan Lestari Aspirasi Negeri Taman Terindah (I.P.L.A.N.T.) di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih.
Program I.P.L.A.N.T. merupakan antara usaha kementerian untuk memperkasakan kelestarian landskap Sabah melalui kerjasama erat PBT.
Dr Joachim berkata program itu bukan sekadar simbolik menanam pokok tetapi juga agenda strategik yang menyumbang kepada sasaran jangka panjang pembangunan mampan dan ekonomi hijau.
Beliau berkata setakat Disember lepas, sebanyak 331,151 pokok telah ditanam, namun angka berkenaan masih jauh daripada sasaran 1.3 juta pokok menjelang 2033 yang diumumkan ketika pelancaran program itu pada 2020.
Menurut Dr Joachim kementeriannya turut menganjurkan pelbagai program kesedaran seperti Bengkel Resolusi Hijau, jelajah PBT ke pelbagai daerah bagi mempromosi amalan hijau di peringkat akar umbi dan program komuniti seperti Kebun Komuniti serta Rakan Lestari untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha memelihara alam sekitar.
"Antara prinsip utama yang ditekankan kementerian ialah ekonomi kitaran lestari melibatkan penggunaan sumber secara bijak, pengurangan jejak karbon, pembangunan teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar.
"Kepentingan penerapan elemen kejiranan hijau dalam reka bentuk pembangunan perumahan dan bandar turut ditekankan termasuk penggunaan tenaga boleh diperbaharui, bahan binaan mampan dan penyediaan ruang hijau awam," katanya.
Beliau berkata kementeriannya turut bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pelbagai program seperti Agenda Komuniti Lestari, projek sekolah rendah karbon dan pelaksanaan pelan hala tuju Matlamat Pembangunan Mampan( SDG) sebagai antara usaha bersepadu untuk menjadikan Sabah sebagai negeri taman terindah termasuk dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#bahan binaan mampan
#ruang hijau
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan