TELUK INTAN:Peruntukan berjumlah RM2.2 juta diperlukan untuk membaiki Jalan Besar Chikus yang menghubungkan pekan kecil Chikus dan Jalan Attaduri ke Teluk Intan yang sebahagiannya runtuh tengah malam Selasa akibat banjir yang melanda daerah Hilir Perak sejak Ahad lepas.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya sedang menunggu penilaian kerosakan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ia dibaiki sepenuhnya tahun ini.
"Banyak perkara yang perlu diambil kira dari segi teknikal dan sebagainya. Kita telah minta pihak yang berkaitan supaya mengutamakan kerja-kerja pembaikan jalan itu yang merupakan jalan utama penduduk di sini berulang-alik ke Teluk Intan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Bandaran Teluk Intan, Langkap yang menempatkan 103 mangsa daripada 33 keluarga di sini.
Ketika mengulas mengenai Jambatan Stesen Bas Tanjung Malim yang menghubungkan Tanjung Malim dengan Hulu Bernam, Selangor yang dikatakan retak dan tular di media sosial, Saarani berkata berkemungkinan ia berlaku disebabkan masalah teknikal kerana air yang deras boleh meruntuhkan struktur jambatan tersebut.
"Kalau benar berlaku keretakan, kedua-dua negeri (Perak dan Selangor) akan melihat keadaan itu (bertanggungjawab memperbaiki bersama-sama) dan sudah tentu JKR akan mengambil tindakan sekiranya keretakan itu berlaku," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Jalan Besar Chikus dilalui lebih 3,000 kenderaan setiap hari.
Katanya, laluan tersebut menghubungkan penduduk di 60 kampung berhampiran untuk ke pekan Langkap selain memendekkan masa perjalanan dari Langkap ke Teluk Intan.
"Kita mengharapkan sokongan kerajaan negeri agar kerja baik pulih jalan itu disegerakan kerana keadaan ini akan menjejaskan sosioekonomi kalau ditutup untuk jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Kerajaan negeri sedang menunggu penilaian kerosakan yang akan dilakukan oleh JKR dan JPS. - Gambar/ JKR
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
'Dashcam' kereta rakam detik jambatan di utara Vietnam runtuh akibat Taufan Yagi
Jambatan yang merentasi Sungai Hong dan menghubungkan daerah Lam Thao dengan daerah Tam Nong runtuh sekelip mata.
Kepala air: Jambatan 'Battle of Slim' banyak sejarah, 'jasa' - Penduduk
Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh petang semalam akibat kejadian kepala air memainkan peranan besar dalam kehidupan harian penduduk.
Insiden kepala air Ulu Slim: Jambatan Slim Village runtuh
Jambatan yang runtuh itu melibatkan laluan sepanjang empat meter di Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim.
15 disahkan maut dalam kejadian jambatan runtuh di China
Jumlah petugas penyelamat profesional di lokasi telah meningkat kepada 1,630 orang pada 2 petang Ahad.
Kapal akibatkan jambatan di Baltimore runtuh dialihkan
Pagi ini, kapal kargo yang berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key telah dipindahkan secara rasmi.
Taufan tropika landa Madagascar, 18 dilaporkan maut
Siklon Tropika Gamane telah melintasi timur laut Madagascar pada Rabu dan Khamis menjejaskan 20,000 mangsa.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Jambatan runtuh akibat banjir, empat kampung di Kuala Krai terjejas
Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang, terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
Penduduk terus guna jambatan runtuh, terhakis akibat banjir
Penduduk masih terus menggunakan jambatan berkenaan walaupun membahayakan keselamatan mereka.