awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2023
10:25 MYT
RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM
Jelas Lukanisman, permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.556 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah disalurkan setakat 31 Mei lalu.
Ketika sesi penggulungan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ia melibatkan seramai 150 pemohon daripada 319 permohonan yang diterima.
Jelas beliau, permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.
"Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 layak diterima oleh pemohon yang merupakan penerima vaksin COVID-19 yang mempunyai Kesan Advers Susulan Imunisasi atau AEFI yang serius atau hilang upaya kekal serta waris penerima vaksin yang meninggal dunia," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Lukanisman menambah, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada Februari 2021 sehingga 30 April lalu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 26,717 laporan AEFI vaksin COVID-19 melalui Sistem Pelaporan NPRA.
"Daripada jumlah itu, hanya sebilangan kecil sahaja iaitu 1,868 laporan bersamaan 7 peratus adalah melibatkan kesan advers yang diklasifikasikan sebagai serius, manakala majoriti iaitu 93 peratus laporan lagi adalah melibatkan kesan advers yang ringan sahaja," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kesan Mudarat Vaksin COVID
#bantuan khas
#Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan