SUBANG JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperuntukan sebanyak RM2.98 juta bagi projek pembinaan Medan Selera MBSJ SS19 di atas tanah berkeluasan 0.7 hektar.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar berkata, projek tersebut telah dimulakan sejak 8 Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober depan.
Menurutnya, medan selera itu bakal dilengkapi 20 unit gerai serta kemudahan awam seperti tandas, surau serta tempat letak kereta.
"Usaha memajukan golongan usahawan bandar raya ini bukan hanya tertumpu kepada satu lokasi sahaja tetapi MBSJ turut menyediakan ruang perniagaan medan selera di kawasan lain.
"Jumlah kemudahan medan selera yang disediakan di Subang Jaya adalah sebanyak 194 unit gerai, Puchong (180 unit) dan Seri Kembangan (103 unit)," katanya pada Majlis Pecah Tanah Medan Selera MBSJ SS19 pada Isnin.
Ujarnya, selain daripada pembinaan semula medan selera tersebut, MBSJ telah merangka sebanyak 39 projek utama untuk dilaksanakan bagi tahun 2023 membabitkan kos perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM125.4 juta.
Katanya, antara projek-projek tersebut adalah pembinaan semula Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang; membina Balai Masyarakat di Jalan PUJ 3/3,Taman Puncak Jalil dan pembinaan pasar sementara di Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil.
"Turut dirancang adalah menyediakan persimpangan bertingkat di Persimpangan Persiaran Kewajipan dengan Persiaran Subang Permai bagi melancarkan penyuraian trafik.
"Projek tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM30 juta dan dijangka siap pada tahun 2028," katanya.
Beliau berharap projek yang akan dijalankan serta kemudahan dan naik taraf fasiliti yang bakal disediakan dapat memberikan menfaat kepada seluruh komuniti.
Ia sekali gus menyokong visi MBSJ bagi dalam menjadi sebuah bandar raya yang mampan, kota niaga serta kediaman idaman. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 31 2023

Johary (tiga dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah Medan Selera MBSJ SS19 pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

Ambil peluang lawat panda Yi Yi, Sheng Yi sebelum dihantar pulang ke China
Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di Zoo Negara.

RM2.98 juta bagi pembinaan Medan Selera MBSJ SS19
Projek tersebut telah dimulakan sejak 8 Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober depan.