KUANTAN:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperuntukkan RM2.98 juta bagi mewujudkan sistem kelas pintar (Smart Classroom) di 101 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh tanah rancangan, kata Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata pelaksanaan yang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan dan pembelajaran secara digital di luar bandar akan dibuat secara berperingkat dengan projek rintis bermula di SMK Lurah Bilut di Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini.
"Smart Classroom ini menyediakan pelbagai peluang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal memberi manfaat kepada 40,304 pelajar tingkatan satu hingga lima di seluruh Malaysia.
"Kaedah pembelajaran abad ke-21 sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih interaktif dan menarik minat pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelancaran Smart Classroom disempurnakan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin secara tertutup di Menara FELDA di ibu negara hari ini, dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut Idris, pelaksanaan Smart Classroom itu adalah sebagai persediaan pelajar menguasai dunia digital dan teknologi pintar bagi menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) selain membina keterbukaan minda pelajar dalam mengintegrasi proses pembelajaran berteraskan teknologi.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Mohd Radzi berkata sinergi padu antara FELDA dan Kementerian Pendidikan mewujudkan Smart Classroom itu dapat melahirkan ruang kondusif bagi pelajar di sekolah terlibat dan memastikan kecemerlangan pendidikan generasi baharu FELDA.
Sementara itu, pengetua SMK Lurah Bilut, Noraini Mohamad berterima kasih kepada pengurusan FELDA kerana memilih mereka sebagai sekolah rintis projek yang dilihat memberi peluang kepada guru memaksimumkan teknik pengajaran terkini bagi mengekalkan minat pelajar di dalam kelas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Pelaksanaan yang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan dan pembelajaran secara digital di luar bandar akan dibuat secara berperingkat. - Gambar fail

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.

COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Nik Nazmi persoal tindakan KPM hadapi PKP 2.0
Nik Nazmi memberitahu, terdapat laporan pelajar sekolah menengah bukan peperiksaan kehilangan minat dan fokus untuk belajar secara maya.

Institusi pendidikan di Kelantan, Sibu perlu ikut ketetapan operasi kawasan PKP - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian di kawasan PKP.

Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM - PIBGN
PIBGN melihat tiada keperluan untuk meminda atau menangguhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan utama lain.

Operasi, aktiviti Jentera Perpaduan kawasan PKP ditangguh
Arahan penangguhan yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara itu berkuat kuasa pada 13 Januari lalu sehingga 26 Januari ini.

Buku teks sekolah kini dalam versi digital - KPM
Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Sesi persekolahan di negeri PKP, PKPB, PKPP? Ini yang anda perlu tahu
Hanya murid yang bakal menduduki peperiksaan utama dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari depan di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kawasan PKPB, PKPP: Sesi persekolahan dibuka mengikut takwim - KPM
Mengikut takwin, pembukaan penggal pertama persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh negara ditetapkan pada 20 Januari.

PKP 2.0: Pastikan faktor psikologi pelajar, calon peperiksaan utama juga terjaga
Faktor psikologi kohort itu perlu diambil kira memandangkan mereka melalui tempoh masa yang sukar sebelum menghadapi peperiksaan itu.