awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rakam ucapan takziah, kecam serangan di Sydney

Bernama
Bernama
14/12/2025
21:45 MYT
PM Anwar rakam ucapan takziah, kecam serangan di Sydney
Polis melakukan rondaan awal pagi susulan insiden tembakan pada Ahad di Pantai Bondi, Sydney. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden serangan di Sydney dan mendoakan mereka yang cedera agar segera pulih sepenuhnya.
"Saya merakamkan ucapan takziah setulus hati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera agar segera sembuh," kata beliau dalam hantaran menerusi Facebook.
Anwar berkata beliau amat terkejut dengan serangan berkenaan yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan ramai lagi serta mengecam tindakan itu sekeras-kerasnya.
"Tiada sebarang justifikasi untuk keganasan terhadap orang awam, apatah lagi serangan yang menyasarkan individu berdasarkan kaum atau agama, sama ada pada bila-bila masa atau di mana-mana. Tindakan sedemikian tidak mempunyai asas dalam mana-mana agama atau kepercayaan," kata beliau.
I am deeply alarmed by the violent attack in Sydney that has claimed innocent lives and left many others injured. I condemn this act in the strongest terms. There can be no justification for violence directed at civilians, still less for attacks that single people out on the pic.twitter.com/joGgT6HDy5
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 14, 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia bersoladariti dengan rakyat dan kerajaan Australia pada masa sukar ini serta memberi sokongan penuh terhadap segala usaha bagi memastikan pihak bertanggungjawab dikenal pasti serta diadili mengikut lunas undang-undang.
Terdahulu, Xinhua melaporkan, memetik Premier New South Wales (NSW) Chris Minns bahawa sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Bondi Beach, Sydney pada Ahad malam.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata dalam satu kenyataan bahawa kejadian di Bondi adalah "mengejutkan", dan Minns menggambarkan insiden itu sebagai amat menyedihkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bondi Beach
#insiden tembakan
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan