DAP hari ini menyifatkan tindakan kerajaan membelanjakan RM20 juta kepada sebuah syarikat konsultansi swasta bagi penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 sebagai “satu pembaziran”.

Menurutnya, syarikat yang dilantik ialtu McKinsey & Co tidak layak untuk tugas penyediaan PPPM kerana mereka bukanlah pakar pendidikan, sebaliknya sebuah syarikat konsultansi pengurusan am.

Katanya Pejabat Perdana Menteri sepatutnya gunakan kepakaran dan tenaga kerja dalam Kementerian dan Pemandu untuk menyediakan pelan berkenaan.

“Kementerian Pendidikan dan jabatan kerajaan lain mempunyai lebih tenaga kerja yang berkebolehan yang mampu mengendali tugas menyediakan pelan pendidikan.

“Kementerian Pendidikan serta jabatan kerajaan lain mempunyai lebih banyak kakitangan yang berkebolehan mengendali tugasan bagi penyediaan pelan pendidikan.

"Pelan tersebut menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman,” kata Ong dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya lagi, bayaran tersebut bercanggah dengan 11 Anjakan dalam PPPM iaitu "Memaksimumkan Keberhasilan Murid bagi Setiap Ringgit”.

Katanya peruntukan boleh digunakan untuk membina empat sekolah baru dengan kos RM5 juta sebuah atau membina makmal sains baru.

Dalam sebuah jawapan diberikan kepada Ong pada 23 September, ia memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara, di mana bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa 1 – RM4,706,400 dan fasa 2 – RM15,860,000.

Ong turut menggesa Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kenapa RM20 juta dibayar kepada McKinsey dan sama ada beliau ingin terus menggunakan khidmat syarikat itu bagi Pelan Pendidikan Nasional..