IPOH: Perak menerima peruntukan sebanyak RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan (KKM), bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia melibatkan 17 projek baharu dan 13 projek sambungan.
"KKM sentiasa komited untuk memanfaatkan peruntukan ini, seterusnya memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual, seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Perak," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di Klinik Kesihatan Chemor di sini pada Selasa.
Dr Dzulkefly berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan di bawah Pelan Boleh Pinda (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), bagi melaksanakan kerja awalan untuk Projek Naik Taraf Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, yang sering mengalami kesesakan disebabkan kes-kes kecemasan yang semakin meningkat.
Berhubung masalah tempat meletak kenderaan yang tidak berkesudahan di hospital itu, beliau berkata, pembinaan parkir empat tingkat dengan 600 ruang masih dalam perancangan bagi menangani perkara itu.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, Klinik Kesihatan lima tingkat yang pertama di negara ini yang sedang dibina di Manjoi di sini, dijangka siap pada hujung tahun hadapan.
"Tempat itu agak sempit dan kerana itu kita akan buat klinik kesihatan yang pertama ada lima tingkat dengan pelbagai kemudahan, dan boleh menerima kunjungan seramai 800 orang sehari," katanya.
Dr Dzulkefly berkata, pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi yang melibatkan kos sebanyak kira-kira RM26 juta, sebelum ini mengalami kelewatan akibat masalah kontraktor, sedang dalam pemantauan supaya tidak tergendala dan dapat dilaksanakan segera.
Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan khas sebanyak RM100,000 bagi menaik taraf tandas awam dan tandas kakitangan serta sebanyak RM150,000 bagi pembelian peralatan perubatan di Klinik Kesihatan Chemor yang baharu bagi menggantikan klinik sedia ada.
"Peruntukan RM100,000 juga diluluskan bagi pembelian peralatan perubatan di Jabatan Kecemasan HRPB," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Dr Dzulkefly berkata, Klinik Kesihatan lima tingkat yang pertama di negara ini yang sedang dibina di Manjoi dijangka siap pada hujung tahun hadapan. - Gambar Bernama
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.