PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperuntukkan RM3.2 juta tahun ini bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata melalui peruntukan itu, RM837,500 disediakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan Skim Ronda Sukarela (SRS) yang dijangka akan memberi manfaat kepada 119 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Beliau berkata lebih RM2.1 juta diperuntuk bagi pembekalan 69 buah kabin SRS baharu manakala RM231,692 bagi pembaikan kabin sedia ada di kawasan SRS.
"Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam komuniti. Melalui pemerkasaan SRS ini, KPN turut mensasarkan agar kekerapan aktiviti kawalan dan rondaan SRS dapat dipertingkatkan lagi termasuk penglibatan golongan muda dalam SRS," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini semalam.
Mengulas lanjut, Aaron berkata KPN melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah merangka hala tuju baharu iaitu "Meremajakan SRS".
Beliau berkata ia bertujuan melonjakkan peranan SRS sebagai entiti yang penting di peringkat komuniti bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan ketahanan komuniti.
"Antara inisiatif dilaksana adalah meningkatkan keberkesanan SRS melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam menjalankan tugas kawalan dan rondaan.
"(Inisiatif lain) adalah memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan komuniti melalui aktiviti keselamatan kejiranan dengan "Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS," katanya.
SRS telah dilancarkan pada 21 Feb 2004 bertujuan membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat.
Aaron berkata hingga Jun lepas, 5,409 SRS telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaan hampir 100,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Aaron berucap pada Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela Bersepadu di pekarangan Kuarters Kerajaan Fasa 14-12 di Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA

Hantar mesej berbaur perkauman wajar dikenakan tindakan tegas - Aaron
Tindakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Hakim Danish di landasan terbaik sertai Moto3 musim depan - SIC
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berada di landasan terbaik untuk menyertai Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan menerusi kerjasama dengan pasukan MT Helmets.

Perang tarif dijangka berakhir dengan situasi menang-menang walaupun dapat kecaman di seluruh dunia - Ahli ekonomi
Ini kerana 104 daripada 168 negara yang dikenakan tarif awal bulan ini, kini dalam rundingan untuk terma perdagangan yang lebih baik.

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.

Imuniti siber: Strategi baharu Kaspersky untuk perangi jenayah siber
Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.

Peralihan ketara Malaysia: Mengharungi cabaran penting subsidi bersasar
Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.

SRS berperanan pastikan keselamatan, kesejahteraan komuniti
Skim Rondaan Sukarela (SRS) berperanan amat penting dalam memastikan keselamatan kesejahteraan dan keharmonian komuniti.

RM3.2 juta diperuntuk untuk perkasa SRS tahun ini
Sebanyak RM837,500 disediakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS yang dijangka memberi manfaat kepada 119 KRT.

Skim Rondaan Sukarela pastikan zon hijau, kuning kekal selamat dari COVID-19
Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Kawasan Rukun Tentagga (KRT) adalah bertujuan untuk memperkasakan masyarakat setempat bagi memastikan zon hijau dan zon kuning terus kekal selamat.

Kerajaan cadang beri elaun kepada SRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata pasukan peronda di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdepan pelbagai ancaman keselamatan.

Mike Shinoda mengusahakan 'projek solo' baharu
Mike Shinoda yang popular sebagai salah seorang anggota Linkin Park dilaporkan sedang mengusahakan projek bisnes kitar semula.