awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM30,000 bantu 100 pemandu bas pelancongan - MTC

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2021
05:07 MYT
RM30,000 bantu 100 pemandu bas pelancongan - MTC
MTC terpanggil menghulurkan bantuan bagi memastikan nasib pemandu bas juga terbela - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sumbangan berjumlah RM30,000 berjaya dikumpulkan melalui Konsert Amal Dalam Talian yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam usaha membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Presidennya, Uzaidi Udanis berkata, konsert yang diadakan pada 30 April lalu mendapat sambutan mengalakkan selepas menerima tontonan lebih 20,000 penonton.
Jelas beliau, MTC mengadakan program tersebut selepas menyedari terdapat penggiat industri yang bergelut mencari rezeki bagi menyara keluarga.
"Lebih sedih jika penggiat industri ini mengalami penyakit kronik seperti jantung dan buah pinggang.
“Kita telah berjaya mengumpul lebih RM30,000 menerusi acara tersebut dan semua sumbangan tersebut akan diagihkan kepada 100 pemandu bas pelancong yang terjejas," katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya, hari ini.
Katanya lagi, MTC terpanggil menghulurkan bantuan bagi memastikan nasib pemandu bas juga terbela.
Jelas beliau, jasa dan bakti mereka dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara tidak harus dipinggirkan.
Antara artis yang terlibat menjayakan program konsert secara dalam talian itu ialah Zhuang Xue Zhong, Angeline Teoh dan Chong Sau Lin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#industri pelancongan
#bantuan
#konsert amal
#konsert dalam talian
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan