DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya

Anthony Loke (foto) berkata prinsip penyandang itu, menjadi pegangan parti bagi memastikan kerjasama dalam gabungan politik dilaksanakan secara adil dan telus. -Foto fail/Bernama
KLANG: DAP kekal dengan pendirian mempertahankan prinsip bertanding di kerusi yang pernah dimenangi sebagai asas utama pembahagian kerusi dalam kerjasama politik bagi pilihan raya akan datang.
Ringkasan AI
- DAP mempertahankan prinsip penyandang kerusi yang pernah dimenangi sebagai asas pembahagian kerusi dalam kerjasama politik bagi pilihan raya akan datang, menegaskan keikhlasan parti dalam menjayakan kerjasama politik.
- Pengorbanan DAP menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada UMNO sebagai contoh kesungguhan parti dalam kerjasama politik, dan menegaskan komitmen terhadap rakan gabungan.
- Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP, menafikan kewujudan kumpulan dalaman dalam DAP, menegaskan parti bergerak sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan tunggal, dengan matlamat membawa kebaikan kepada semua untuk kemajuan negara.
"Kita menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang dimenangi DAP kepada UMNO, dan itu jelas membuktikan keikhlasan DAP," katanya dalam sidang media selepas Konvensyen DAP Selangor 2025, di sini hari ini.
Beliau berkata pengorbanan itu seharusnya difahami sebagai bukti komitmen DAP dalam menjayakan kerjasama politik bersama rakan gabungan.
Loke berkata adalah tidak munasabah sekiranya masih wujud dakwaan bahawa DAP tidak pernah bekerjasama, sedangkan pengorbanan berkenaan dibuat secara terbuka.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata DAP bersikap telus mengenai kerjasama dengan UMNO dalam kerangka Kerajaan Perpaduan PH-BN, termasuk pendekatan yang diambil terhadap penyokong parti.
Loke berkata DAP turut berkempen bagi calon UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK), sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kerjasama itu.
"Sebab itu saya ingatkan semua pihak supaya tidak menipu diri sendiri dan juga pengundi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke ketika berucap merasmikan konvensyen itu menafikan kewujudan sebarang kumpulan dalaman dalam DAP dan menegaskan parti itu bergerak sebagai satu pasukan di bawah satu kepimpinan.
Beliau turut menegaskan DAP bukan ditubuhkan untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak, sebaliknya untuk membawa kebaikan kepada semua demi kemajuan negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah prinsip utama yang ditekankan oleh DAP berkaitan pembahagian kerusi dalam kerjasama politik? A: DAP menekankan prinsip penyandang sebagai asas utama pembahagian kerusi dalam kerjasama politik bagi pilihan raya akan datang.
- Q: Mengapakah DAP menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua kepada UMNO? A: DAP menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada UMNO sebagai bukti komitmen dan pengorbanan dalam kerjasama politik bersama rakan gabungan.
- Q: Apakah yang disebut oleh Anthony Loke berkenaan pendekatan DAP terhadap kerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan PH-BN? A: Anthony Loke menyatakan bahawa DAP bersikap telus mengenai kerjasama dengan UMNO dalam kerangka Kerajaan Perpaduan PH-BN, termasuklah berkempen bagi calon UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK).
- Q: Bagaimanakah Loke menegaskan pergerakan DAP dalam parti? A: Loke menegaskan bahawa tidak wujud sebarang kumpulan dalaman dalam DAP dan parti bergerak sebagai satu pasukan di bawah satu kepimpinan.
- Q: Apakah tujuan sebenar penubuhan DAP menurut Loke? A: Menurut Loke, DAP ditubuhkan bukan untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak, tetapi untuk membawa kebaikan kepada semua demi kemajuan negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

