KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM33 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk negeri itu setakat Februari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata tunggakan itu membabitkan seramai 271,876 pengguna akaun AKSB.
"Justeru, saya memohon kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turun padang agar memaklumkan perkara ini kepada rakyat untuk membayar bil air. Dari situ (bayaran bil) kita boleh membayar hutang AKSB kepada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Terdahulu, Rohani ingin tahu mengenai sejauh mana pelaksanaan program penukaran paip simen asbestos (AC) sepanjang 4,006 kilometer (KM) yang berusia melebihi 35 tahun melibatkan kos RM1.3 bilion bermula 2018 hingga 2030.
Mengulas mengenai projek berkenaan, Azami berkata sebanyak 241.42 KM paip telah disiapkan bagi jajahan Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat menerusi program pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada 2018.
"Bagi 2019 pula kita telah menyiapkan 225 KM pemasangan paip baharu yang membabitkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
"Kesemua proses penukaran paip ini perlu dibayar semula memandangkan ia pinjaman dan salah satu punca hasil AKSB (untuk bayar balik) adalah menerusi pembayaran daripada pemegang akaun AKSB yang membayar semula bil air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Tunggakan itu membabitkan seramai 271,876 pengguna akaun AKSB. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia pulih daripada penurunan 2 hari berturut-turut
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan aliran meningkat di bursa serantau, kata seorang penganalisis.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh
Pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendaki.

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC
Presiden PFAM harap pemain lain berani ke depan membuat laporan supaya boleh buat perbincangan selanjutnya.

Jawatankuasa Muzakarah MKI bermesyuarat berhubung tunggakan cukai individu meninggal dunia
Jawatankuasa Muzakarah MKI akan bermesyuarat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.

Nak gaji penuh, Kelantan FC perlu menang - Zamsaham
Katanya, dia akan membayar tunggakan itu sekiranya The Red Warriors meraih dua kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Semak status perjalanan sebelum rancang percutian ke luar negara - HASiL
HASiL menyarankan semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan perjalanan ke luar negara.

MUFC bakal 'bernafas' semula?
Ab Rauf berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai sudut termasuk merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulihkan kembali MUFC.

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

Tunggakan cukai RM1.7 bilion: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak 14 Jun
Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Jun ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung kes tunggakan cukai pendapatan.

Cukai pendapatan: LHDN bantah permohonan Shafee fail tuntutan balas
LHDN membantah permohonan Muhammad Shafee bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memfailkan tuntutan balas terhadap LHDN yang menuntut agar beliau membayar tunggakan cukai pendapatan.

Bercuti dengan aman tanpa sebarang tunggakan cukai serta sekatan perjalanan
Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax.

Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra, termasuk jumlah RM312.22 juta itu, diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.