KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM5.7 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini.
Timbalan Menterinya Adly Zahari berkata peruntukan tersebut bagi membaik pulih 125 rumah dan 27 lagi rumah bagi kategori bina baru.
Beliau berkata untuk tahun ini sahaja 44 rumah veteran tentera yang dikategorikan sebagai uzur telah siap dibaiki, manakala bina baru belum dilaksanakan lagi.
"Kita lihat banyak rumah veteran uzur dan perlu dibaik pulih sesegera mungkin termasuk bocor serta struktur rumah rosak.
"Biasanya kita melihat veteran bukan kepada aspek pendapatan tetapi keseluruhan seperti kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak serta bagaimana kita boleh memperkukuhkan mereka.
"JHEV sentiasa bekerjasama dengan JHEV negeri tentang bagaimana kita boleh perkukuhkan mereka dari pelbagai aspek," katanya kepada pemberita selepas menziarahi veteran tentera, Che Ahmad Mamat, 66, yang menderita penyakit usus bocor di rumahnya di Kampung Pulau Panjang di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Terdahulu Adly turut melawat tujuh veteran tentera sempena Program Peduli Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PPV ATM), iaitu yang kedua selepas dijalankan di Melaka sebelum ini.
Mengulas lanjut, Adly berkata PPV ATM adalah inisiatif kementerian dan JHEV ATM dalam mengenal pasti serta menyantuni bekas tentera yang menghadapi kesusahan serta memerlukan bantuan.
"Veteran ini bukan semata-mata memerlukan bantuan, tetapi perhatian dan penghargaan sebagai bekas tentera kerana ia amat bermakna kepada mereka.
"Pihak kementerian juga melalui JHEV akan sentiasa mengadakan Majlis Hari Bertemu Veteran bagi mendengar sendiri luahan dan permasalahan veteran terutama golongan sasar iaitu B40," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

PPV ATM adalah inisiatif kementerian dan JHEV ATM dalam mengenal pasti serta menyantuni bekas tentera yang menghadapi kesusahan serta memerlukan bantuan. -BERNAMA

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak
Jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

RM5.7 juta untuk baik pulih, bina rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM5.7 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi inisiatif perumahan veteran tentera pada tahun ini.

Keluarga Prebet Suria akan ditempatkan di rumah transit Flat Sri Johor - Rina Harun
Empat daripada lima anak pesara tentera itu juga akan menerima Bantuan Kanak-Kanak di bawah JKM mulai bulan hadapan.