KUANTAN: Sebanyak RM5.7 juta telah diperuntuk bagi projek menaik taraf bekalan air di Bukit Kuin di sini yang dijangka siap pada April tahun depan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek itu akan memanfaatkan kira-kira 5,700 penduduk dan pihak kontraktor disaran menyiapkan kerja lebih awal.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek itu lebih awal kerana rakyat akan memperoleh kemudahan air sempurna dengan lebih cepat.
"Projek yang siap dengan cepat adalah satu bonus kepada kita dan rakyat. Jika terlewat, bukan sahaja rakyat yang menghadapi kesukaran bahkan kita sebagai kerajaan mendapat tempiasnya kerana akan dipersalah atas kelewatan itu.
"Bagaimanapun, kita faham situasi kontraktor... kadangkala kelewatan tidak dapat dielakkan atas pelbagai faktor dan antara yang utama ialah cuaca buruk," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Air Kampung Bukit Kuin hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Wan Rosdy juga berkata pihaknya sudah mengenal pasti setiap kawasan yang berdepan masalah bekalan air di Pahang dan komited untuk mengatasinya demi kemudahan kepada rakyat.
"Kita akui terdapat masalah bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan saya sendiri telah pergi hampir ke setiap daerah untuk mendengarnya.
"Kami cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia tidak boleh dilakukan dengan cepat kerana perlu mendapatkan laporan, memohon peruntukan dan mencari kontraktor yang berkebolehan untuk melaksanakan projek bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap kepada wakil media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Kampung Bukit Kuin hari ini. - Foto BERNAMA
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
KBS cadang stadium utama di semua negeri dinaik taraf
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya stadium utama di semua negeri dinaik taraf, dengan memanfaatkan peruntukan bantuan geran RM500,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
'Sembilan stesen KTMB dinaik taraf, satu bina baharu di Seremban'
Sembilan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang akan dinaik taraf dengan satu dibina baharu di Seremban.
Menara Condong Teluk Intan dinaik taraf akhir tahun ini
Proses menaik taraf bangunan warisan itu meliputi pelbagai proses dan peruntukannya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Pengambilan tanah dilaksana bagi naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
MOT dan MAHB merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dilakukan.
Singapura naik taraf jet pejuang F-16 dengan keupayaan baharu
F-16 yang dinaik taraf akan memastikan kesediaan dan keupayaan operasi Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) untuk mempertahankan ruang udaranya sehingga pertengahan 2030-an.
Keputusan naik taraf status MPK ke bandaraya kukuhkan pentadbiran Greater Klang Valley
Keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Klang ke status bandaraya mengukuhkan hasrat Kerajaan Selangor untuk mewujudkan pentadbiran Greater Klang Valley.
Klang dinaik taraf sebagai bandar raya - Nga
Klang akan menjadi bandar raya selepas kerajaan semalam bersetuju dan meluluskan cadangan bagi menaik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status Majlis Bandaraya Klang.
KKM yakin selesai projek naik taraf 436 klinik daif tahun ini
Projek naik taraf yang melibatkan jumlah peruntukan RM100 juta, telah bermula dan sudah ada beberapa projek yang telah disiapkan.
KPDN tunggu lampu hijau Kabinet naik taraf bahagian penguat kuasa kepada jabatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Kabinet untuk menaik taraf status Bahagian Penguat Kuasa KPDN kepada sebuah jabatan.