Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan untuk perolehan aset bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata ia merangkumi pembelian antaranya bot amfibia, bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori lima dan tujuh tan serta 'cubicle tent'.
Katanya kerajaan juga melaksanakan program pembinaan keupayaan melalui latih amal dan bengkel melibatkan pegawai daerah serta ketua polis daerah bagi mengendalikan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian.
"Sesi latih amal turut diadakan kepada masyarakat dan setakat ini melibatkan 6,000 penyertaan di 12 lokasi selain libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi memastikan urusan bantuan di lokasi bencana lebih terselaras," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) mengenai langkah diambil untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh pada hujung tahun ini.
Menjawab soalan tambahan Tan mengenai langkah jangka pendek dan panjang kerajaan dalam mengurangkan kesan buruk bencana banjir, Dr Wan Azizah berkata penting bagi negara mempunyai sistem ramalan yang lebih baik serta tepat bagi mengurangkan risiko bencana.
Beliau berkata kerajaan, bagaimanapun sedang dalam proses melakukan pemodenan Pusat Arahan Bencana Kebangsaan melalui pembangunan sistem 'Disaster Recovery Centre' yang dijangka siap sebelum September 2019.
Beliau berkata ia adalah antara penambahbaikan dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menghadapi bencana khususnya banjir.
Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan juga akan berusaha melakukan penyelarasan bantuan yang lebih baik dengan NGO bagi memastikan penyaluran bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.
"Kadang-kadang NGO ini berniat baik tetapi dilonggokkan (bantuan) dan tidak ada yang menyalurkan kepada mangsa. Kadangkala pula menjadi bahan politik, dilonggokkan semuanya dan disampaikan oleh ahli politik yang turun dan mengambil gambar (bagi publisiti)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018
Dr Wan Azizah berkata penting bagi negara mempunyai sistem ramalan yang lebih baik serta tepat bagi mengurangkan risiko bencana. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.