KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah.
Ahmad Zahid, 69, berkata tuduhan bahawa cek itu yang diterima melalui bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad Chew Ben Ben sebagai balasan untuk melantik Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) melaksanakan perolehan pembekalan cip pasport selama lima tahun adalah tidak benar dan fitnah.
"Saya menegaskan bahawa keputusan untuk melantik DTSB bukan keputusan daripada saya. Saya tiada kuasa membuat keputusan akhir kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
"Proses yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen berhubung penganugerahan projek kontrak polikarbonat kepada DTSB adalah teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Semua prosedur sudah dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawai saya di KDN dan diakui oleh Kementerian Kewangan sebelum kontrak tersebut dianugerahkan kepada DTSB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika disoal peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Ahmad Zahid berkata ketika beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali (bekas Pengarah DTSB) mengemukakan surat "Permohonan Untuk Membekalkan Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 Juta Cip yang akan Dimasukkan Ke Dalam Halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia Kepada Kerajaan Secara Rundingan Terus."
"Apabila melibatkan rundingan terus, ia melibatkan arahan perbendaharaan dan juga perolehan dalaman Kementerian Dalam Negeri. Seterusnya, saya menyatakan bahawa Kementerian Kewangan yang akan menentukan rundingan terus telah dianugerahkan kepada mana-mana syarikat yang telah membuat permohonan bukan di peringkat Perolehan Kementerian Dalam Negeri," jelasnya.
Kepada soalan Ahmad Zaidi, bagaimana beliau mengenali Mohamed Hashim, Ahmad Zahid berkata beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai setiausaha politik menteri pertahanan mengenali Mohamed Hashim yang ketika itu Panglima Tentera Darat.
"Beliau (Mohamed Hashim) seterusnya menjadi pengarah beberapa syarikat tersenarai termasuk pengarah DTSB. Saya mengenali beliau lebih 20 tahun sejak berada di Kementerian Pertahanan bukan kerana penglibatannya dalam perniagaan tetapi sebagai pegawai Angkatan Tentera Malaysia," katanya.
Beliau berkata syarikat Sarana Kencana adalah milik Mohamed Hashim dan Datuk Abu Hanifah Noordin (bekas Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad).
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata, Abu Hanifah yang merupakan saksi pendakwaan ke-32 telah memberitahu mahkamah bahawa cek tersebut diberikan kepadanya sebagai dana politik, sebahagian daripada amal jariah.
"Chew Ben Ben (saksi pendakwaan ke-34) juga ada memberi keterangan semasa pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan yang mana beliau menyatakan berdasarkan kefahaman beliau, wang politik juga termasuk sebagai amal jariah.
Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan ke-15, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik DTSB untuk melaksanakan projek cip pasport bagi tempoh lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polikarbonat pasport antarabangsa Malaysia daripada Jabatan Imigresen menerusi rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Ahmad Zahid berkata, dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah. - Gambar fail

Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan
Anggota bomba yang tiba akhirnya berjaya memujuk lelaki itu supaya tidak meneruskan niatnya.

Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian
Majoriti responden iaitu 33 peratus memaklumkan perbelanjaan mereka bertambah sekurang-kurangnya 20 peratus.

In Realty: Hartanah | Miliki pejabat di segitiga emas? kiniboleh

COVID-19 | New Delhi kembali wajibkan penggunaan pelitup muka
New Delhi kembali melaksanakan penggunaan wajib pelitup muka selepas ibu negara india itu terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19. Sekiranya tidak diendahkan, tindakan saman menanti mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan terbuka di ibu kota itu.

Cuaca Global | Portugal alami kemarau melampau
Portugal menghadapi musim panas yang teruk dengan gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan.

Israel-Palestin | Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 48
Kanak-kanak 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas. Jumlah korban rakyat Palestin akibat pertempuran hujung minggu lalu antara tentera Israel dan Gaza meningkat kepada 48 mangsa pada Khamis.

Organisasi Keganasan | Tawar wanita untuk dikahwini untuk tarik orang muda
Menawarkan wanita tempatan yang sealiran dengan aktiviti radikal untuk dikahwini adalah antara pendekatan yang digunakan oleh organisasi atau gerakan yang terkait dengan keganasan bagi menarik minat golongan muda dari negara ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Fahmi Samsudin, menerusi beberapa pengalaman mendekati golongan muda warga Malaysia di beberapa zon konflik seperti di Syria, telah mendedahkan pendekatan tersebut yang mendorong golongan ini untuk menyertai peperangan yang berlaku.

Projek LCS: Pemimpin bersih UMNO bakal 'dihukum' dalam PRU15
Ini kerana, seluruh kepimpinan UMNO akan menerima tempias meskipun skandal LCS melibatkan segelintir pemimpin UMNO dan kroni.

China-Taiwan | China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan
Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”. Antara lain, kertas putih itu sekali lagi menekankan bahawa taiwan merupakan sebahagian daripada Wilayah China, memperlihatkan keazaman serta komitmen kukuh parti komunis China, PKC dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula negara.

Kritik Tentera Rusia | Wartawan Rusia dihukum dua bulan tahanan rumah
Mahkamah di Rusia pada Khamis memerintahkan seorang wartawan penyiaran yang mengadakan protes ketika siaran televisyen terhadap operasi ketenteraan khas Moscow di Ukraine untuk menjalani tahanan rumah selama hampir dua bulan, sementara menunggu siasatan terhadap kelakuannya. Marina Ovsyannikova didakwa selepas dia mengangkat sepanduk dalam satu protes jalanan mengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin dan tindakan Moscow di Ukraine.

UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.

PAC pertahan tindakan dedah laporan LCS
PAC menghormati keperluan untuk menjaga sensitiviti keselamatan negara, kata Pengerusinya, Wong Kah Woh.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim lawat dua banglo di Country Heights
Hakim dan pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat dua unit banglo di Country Heights, Kajang yang didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB)

Sayap Puteri BN diluluskan secara rasmi
Kesiapsiagaan jentera Puteri BN ditulang belakangi oleh Puteri UMNO melebihi kesiapsiagaan mana-mana pilihan raya umum lalu.

Kerjasama politik: Formula baharu hanya selepas PRU15 - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional hanya akan terbuka untuk bekerjasama menerusi formula baharu dengan mana-mana parti politik selepas PRU15.

Saksi terakhir dijangkiti COVID-19, bicara kes rasuah Ahmad Zahid tangguh
Saksi yang merupakan pegawai penyiasat SPRM memaklumkan dijangkiti COVID-19 pada lewat malam tadi.

Najib dan Zahid langgar perjanjian - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan masalah yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tentangan datang dari UMNO.

Permohonan Ahmad Zahid terbit semula, halang sebar rakaman kenyataan Tun Mahathir ditolak
Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

Bubar UMNO: 'Zahid boleh cakap macam-macam, mana bukti dia' - Tun M
Menurut Dr Mahathir, Zahid hanya sentiasa 'membuka' bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya tanpa sebarang bukti didedahkan.

"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Setiap ahli politik sangat memerlukan wang bagi melaksanakan aktiviti politik.